Monday 7 March 2011

SEJARAH SK LAHAR BUDI

Sekolah Kebangsaan Lahar Budi diasaskan pada tahun 1954 sebagai sekolah
rakyat .Ianya beroperasi sehingga tahun 1960. Jaraknya dari jalan besar ke Bandaraya Alor Setar ialah sejauh 10 kilometer. Sekolah ini dibuka pada tahun 1.1.1954 M bersamaan 25  Rabiul Akhir 1373H.
Sekolah ini bermula dengan 3 kelas dan mempunyai 3 kaki tangan. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Tuan haji Ahmad Bin Osman  Beliau dibantu oleh  Tuan Haji Mokhtar dan Encik Ismail.  Tuan Haji Ahmad berkhidmat sebagai Guru Besar selama 19 tahun Status sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan pada tahun  1960 melalui cadangan pelawat sekolah Encik Idrus Bin Hanafi dan disokong oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Encik Shafie Taha, Tuan Haji Awang Bin Yaacob dan  Encik Yaacob Bin Yusuf
Bermula  dengan 3 kelas  dan sehingga mendapat Blok A pada tahun 1984, bangunan tambahan iaitu Blok C telah dibina secara gotong-royong dan siap pad atahun 1987.

Sepanjang tahun 1960 hingga 2000 tidak ada sebarang pembangunan yang dibekalkan ,hanya projek kecil iaitu bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Sains pada tahun 1992.

Pada tahun 2001, melalui projek  naik taraf, beberapa projek telah dapat disiapkan. Antaranya ialah pejabat, bilik guru, tandas guru, pintu pagar, dan tembok sekolah,sistem peparitan dan mengemaskini pintu dibilik HEM ,surau, Perpustakaan dan Bilik Media.

Keluasan sekolah ini dianggarkan 2.5 relung/5.00 ekar yang mempunyai  6 bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik sains, sebuah bilik kemahiran hidup, sebuah bilik serba guna yang dijadikan bilik sembahyang , bilik tayangan, bilik mesyuarat dan dewan.

            Pada tahun 2001 juga, sebuah makmal komputer Fasa 2 di bina dan pada tahun 2002 bangunan makmal komputer dan dapat digunakan sepenunhya pada tahun 2004.

Pada tahun 2006, sebuah bangunan Prasekolah telah dibina dan telah beroperasi dengan baik pada tahun 2007 dengan jumlah muridnya 25 orang.

Untuk bersukan, sekolah ini hanya mempunyai sebuah padang yang kecil hasil usaha keras pihak sekolah dan PIBG menambak dan menambun 1/8 relung keluasan sawah padi milik sekolah untuk dijadikan padang, bagi menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan bersukan.

Sekolah ini sewaktu dibuka jumlah muridnya boleh dikatakan ramai dan dalam Gred C. Apabila digredkan semula, ianya telah dikategorikan dalam kumpulan sekolah Gred B, Sekolah Kurang Murid (SKM) iaitu bilangan muridnya kurang daripada 150 orang murid.

Pada 2009 , jumlah guru adalah seramai ialah seramai 16 orang termasuk seorang Guru Besar, 3 orang guru perempuan dan sembilan guru lelaki, manakala jumlah murid adalah 137 orang.
           


Kini 2011, jumlah guru adalah seramai 14 orang guru dan seorang Guru Besar, 3 orang kakitangan bukan guru, 3 orang pembantu keceriaan, dan  jaga sekolah yang bertugas bergilir-gilir. Guru-guru adalah seperti berikut:

Guru
1. Puan Hajjah Duratul 'Ain Bt Md Noor (GB)-DGA32
2. Cikgu Nasharudin B. Muhaini (GTT PK1)-DGA32(KUP)
3. Ustaz Ahmad Shukri Bin Ismail(GTT PK HEM)-DGA32(KUP)
4. Cikgu Md Reduan  Bin Ahmad(GTT PK KoKurikulum)-DGA32(KUP)
5. Cikgu Mansor Bin Topil Mohamad -DGA32(KUP)
6. Ustaz Sahimi Bin Yaacob-DGA32(KUP)
7. Cikgu Mohd Zahir Bin Shafie-DGA32(KUP)
8. Cikgu Mahdzir Bin Lein-DGA32(KUP)
9. Cikgu Hamdilwira Bin Mat Saad-DGA32(KUP)
10. Cikgu Pauziah Binti Che Mat-DGA32(KUP)
11. Teacher Che Norlia Binti Saad-DGA32(KUP)
12. Teacher Nurul Huda Binti Ab. Rashid-DGA29
13. Cikgu Nor Nazia Binti Othman-Guru Pra Sekolah-DG41
14. Cikgu Maizatul Akmal Binti Koshim-Guru Pemulihan Khas-DG41
15. Ustazah Nor Habibah Binti Abd. Wahab-JQaf-DG41


BUKAN GURU
1. Puan Noor Hafiza Binti  Abu Hassan     - Pembantu Tadbir N17
2. Encik Ismail Bin  Ahmad                     - Pembantu Pejabat N4
3. Puan Shuhaida Binti Shariff                 - Pembantu PRA N17








No comments:

Post a Comment