Thursday 10 November 2011

Lawatan Ke Taman Tema Bukit Merah dan Night Safari Zoo Taiping

Pada 9 hb November 2011, seramai 37 murid, 7 orang guru pengiring serta YDP PIBG iaitu Encik Rashid bin Yob turut serta dalam lawatan sambil belajar yang dikelolakan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Ismail dan dipengerusikan oleh Cikgu Mahdzir Bin Lein. Guru-guru lain yang ditugaskan menjadi guru pengiring adalah Cikgu Nasharudin Muhaini, Teacher Che Norlia Saad, Teacher Nurul Huda Ab Rashid,  Cikgu Pauziah Che Mat dan Cikgu Hamdilwira Mat Saad.

Pada pukul 7.45 pagi, semua peserta yang terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6 serta bekas murid SK Lahar Budi iaitu Nurul Husna, Mariana, Ziyad, Siti Hajar dan Mohd Nizam turut sama dalam rombongan ini.

Sebelum bergerak sedikit taklimat telah dilaksanakan oleh Ustaz Ahmad Shukri Ismail, selaku Pengelola dan PK HEM. Ustaz Sahimi Yaacob pula bertindak sebagai pembaca doa selamat sebelum bertolak di tapak perhimpunan sekolah.

Guru Besar Puan Hajjah Duratul 'ain Md Nor juga mengambil peluang mengiring murid ke tempat murid berkumpul di tepi lebuh raya dan mengucapkan selamat jalan bersama  para waris dan ibu bapa.

Bas bertolak pada pukul 8.15 pagi dan tiba di Taman Tema  Bukit Merah pada jam 10.30 pagi.

Di taman tema, murid di bawa melihat keindahan flora dan fauna di eco park lakeresort. Murid-murid juga dipersembahkan dengan pertunjukan burung kakak tua. Pada jam 12.15 tengah hari, murid mula menjalankan aktiviti air. Makanan disediakan pada jam 12.45 tengahari. Aktiviti air berterusan sehingga jam
3.45 petang. Namun, sembahyang Zohor mereka tidak abaikan.

Setelah menunaikan solat Asar, mereka bergerak membeli cenderahati dibazar. Pada jam 5.15 petang, bas mula bertolak ke Zoo Taiping.

Rombongan berhenti solat Maghrib di Kg Menteri, Kuala Sepetang sambil makan malam iaitu KFC dan Mee Udang Mak Jah. Selepas solat Isyak, rombongan bertolak ke Zoo Taiping. Pada pukul 9.30 malam
Train Night Safari mula bergerak menyusuri sekitar Zoo Taiping yang berjarak  2.5 km. Peserta dapat melihat pelbagai spesis binatang. Aktiviti Night Safari ini memang menarik.

Sebelum bertolak pulang, peserta diberi peluang berbelanja  di kedai cenderahati Zoo Taiping.
Bas Pesona mula bertolak pulang pada pukul 10.30 malam dan tiba di tepian lebuh raya Kg Lahar Budi 12.30 pagi 10 hb November 2011.

Kesimpulannya, lawatan sambil belajar ini telah memberi pengetahuan, pengalaman  dan keseronokan kepada semua peserta.

10.11.2011

Friday 8 April 2011

Kem Bestari Solat 1 (KBS1), 2011


kelas KBS

Menerima fail KBS 1
Mendengar Taklimat
Berehat Menjamu Selera




Kem Besatri Solat Kali Pertama, 2011

Tarikh : 9 April 2011
Hari     : Sabtu
Masa   : 7.30 - 1.30 petang
Tempat : Bilik Darjah , SK LaharBudi

Fasilitator :
1. Ustaz Sahimi  B. Yaacob
2. Ustazah Nurhabibah Bin Abd. Wahab
3. Ustazah Sharifah Nur Hajjan
4. Ustazah
5. Ustazah
6. Cikgu Md Reduan Bin Ahmad
7. Cikgu Hmadilwira Bin Mat Saad




Wednesday 6 April 2011

English Spelling Day Peringkat Negeri Kedah 2011




English Spelling Day telah diadakan pada :
Tarikh: 6 April 2011
Masa :10.00 pagi
Tempat :Pusat Sumber (Bilik Gerakan)
Bilangan Murid Terlibat : 56 orang Murid

Friday 11 March 2011

DOA NABI KHIDIR DAN NABI ILYAS


Doa Nabi Khidir dan Nabi Ilyas sebelum berpisah di Padang arafah pada musim haji setiap tahun
Amalan doa ini ialah dibaca 3x pada waktu pagi, dan 3x pada waktu petang setiap hari.
Fadhilat-fadhilat doa ini:-
1. Selamat tenggelam daripada air
2. Selamat daripada di bakar oleh api
3. Selamat daripada kecurian
4. Selamat daripada gangguan syaitan dan jin
5. Selamat daripada kezaliman pemerintah yang zalim
6. Selamat daripada bisa binatang berbisa seperti ular dan kala jengking.
Sumber: Doa yang diajar oleh Dato' Badarudin Di Kuliyah Masjid Tebengau
pada Sabtu( 13/11/2010) 

Wednesday 9 March 2011

Enrolmen Guru & Bukan Guru ,2011

Enrolmen SK Lahar Budi, 2011

VISI MISI

VISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR BUDI AKAN MENJADI DI ANTARA SEKOLAH TERBAIK DI DAERAH KOTA STAR PADA TAHUN 2010

MISI SEKOLAH

1. Memimpin ,mengurus serta mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan.
2. Meningkatkan kemahiran profesionalisme guru dalam kurikulum dan ilmu pengetahuan
    serta anjakan pedagogi dengan mengoptimumkan penggunaan sumber pengajaran dan     pembelajaran.

3. Melahirkan pelajar yang berkualiti dalam kurikulum serta mempunyai sahsiah mulia.

4. Mencapai angka sifar dalam kemahiran asas 3M dengan memberi fokus utama kepada pengajaran guru dan pembelajaran  murid.

5. Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti setempat.

MATLAMAT SEKOLAH

Matlamat pendidikan Sekolah Kebangsaan Lahar Budi, 05400, Alor Setar, Kedah Darul  Aman adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang  seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.


Monday 7 March 2011

SEJARAH SK LAHAR BUDI

Sekolah Kebangsaan Lahar Budi diasaskan pada tahun 1954 sebagai sekolah
rakyat .Ianya beroperasi sehingga tahun 1960. Jaraknya dari jalan besar ke Bandaraya Alor Setar ialah sejauh 10 kilometer. Sekolah ini dibuka pada tahun 1.1.1954 M bersamaan 25  Rabiul Akhir 1373H.
Sekolah ini bermula dengan 3 kelas dan mempunyai 3 kaki tangan. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Tuan haji Ahmad Bin Osman  Beliau dibantu oleh  Tuan Haji Mokhtar dan Encik Ismail.  Tuan Haji Ahmad berkhidmat sebagai Guru Besar selama 19 tahun Status sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan pada tahun  1960 melalui cadangan pelawat sekolah Encik Idrus Bin Hanafi dan disokong oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Encik Shafie Taha, Tuan Haji Awang Bin Yaacob dan  Encik Yaacob Bin Yusuf
Bermula  dengan 3 kelas  dan sehingga mendapat Blok A pada tahun 1984, bangunan tambahan iaitu Blok C telah dibina secara gotong-royong dan siap pad atahun 1987.

Sepanjang tahun 1960 hingga 2000 tidak ada sebarang pembangunan yang dibekalkan ,hanya projek kecil iaitu bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Sains pada tahun 1992.

Pada tahun 2001, melalui projek  naik taraf, beberapa projek telah dapat disiapkan. Antaranya ialah pejabat, bilik guru, tandas guru, pintu pagar, dan tembok sekolah,sistem peparitan dan mengemaskini pintu dibilik HEM ,surau, Perpustakaan dan Bilik Media.

Keluasan sekolah ini dianggarkan 2.5 relung/5.00 ekar yang mempunyai  6 bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik sains, sebuah bilik kemahiran hidup, sebuah bilik serba guna yang dijadikan bilik sembahyang , bilik tayangan, bilik mesyuarat dan dewan.

            Pada tahun 2001 juga, sebuah makmal komputer Fasa 2 di bina dan pada tahun 2002 bangunan makmal komputer dan dapat digunakan sepenunhya pada tahun 2004.

Pada tahun 2006, sebuah bangunan Prasekolah telah dibina dan telah beroperasi dengan baik pada tahun 2007 dengan jumlah muridnya 25 orang.

Untuk bersukan, sekolah ini hanya mempunyai sebuah padang yang kecil hasil usaha keras pihak sekolah dan PIBG menambak dan menambun 1/8 relung keluasan sawah padi milik sekolah untuk dijadikan padang, bagi menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan bersukan.

Sekolah ini sewaktu dibuka jumlah muridnya boleh dikatakan ramai dan dalam Gred C. Apabila digredkan semula, ianya telah dikategorikan dalam kumpulan sekolah Gred B, Sekolah Kurang Murid (SKM) iaitu bilangan muridnya kurang daripada 150 orang murid.

Pada 2009 , jumlah guru adalah seramai ialah seramai 16 orang termasuk seorang Guru Besar, 3 orang guru perempuan dan sembilan guru lelaki, manakala jumlah murid adalah 137 orang.
           


Kini 2011, jumlah guru adalah seramai 14 orang guru dan seorang Guru Besar, 3 orang kakitangan bukan guru, 3 orang pembantu keceriaan, dan  jaga sekolah yang bertugas bergilir-gilir. Guru-guru adalah seperti berikut:

Guru
1. Puan Hajjah Duratul 'Ain Bt Md Noor (GB)-DGA32
2. Cikgu Nasharudin B. Muhaini (GTT PK1)-DGA32(KUP)
3. Ustaz Ahmad Shukri Bin Ismail(GTT PK HEM)-DGA32(KUP)
4. Cikgu Md Reduan  Bin Ahmad(GTT PK KoKurikulum)-DGA32(KUP)
5. Cikgu Mansor Bin Topil Mohamad -DGA32(KUP)
6. Ustaz Sahimi Bin Yaacob-DGA32(KUP)
7. Cikgu Mohd Zahir Bin Shafie-DGA32(KUP)
8. Cikgu Mahdzir Bin Lein-DGA32(KUP)
9. Cikgu Hamdilwira Bin Mat Saad-DGA32(KUP)
10. Cikgu Pauziah Binti Che Mat-DGA32(KUP)
11. Teacher Che Norlia Binti Saad-DGA32(KUP)
12. Teacher Nurul Huda Binti Ab. Rashid-DGA29
13. Cikgu Nor Nazia Binti Othman-Guru Pra Sekolah-DG41
14. Cikgu Maizatul Akmal Binti Koshim-Guru Pemulihan Khas-DG41
15. Ustazah Nor Habibah Binti Abd. Wahab-JQaf-DG41


BUKAN GURU
1. Puan Noor Hafiza Binti  Abu Hassan     - Pembantu Tadbir N17
2. Encik Ismail Bin  Ahmad                     - Pembantu Pejabat N4
3. Puan Shuhaida Binti Shariff                 - Pembantu PRA N17