Pada 9 hb November 2011, seramai 37 murid, 7 orang guru pengiring serta YDP PIBG iaitu Encik Rashid bin Yob turut serta dalam lawatan sambil belajar yang dikelolakan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Ismail dan dipengerusikan oleh Cikgu Mahdzir Bin Lein. Guru-guru lain yang ditugaskan menjadi guru pengiring adalah Cikgu Nasharudin Muhaini, Teacher Che Norlia Saad, Teacher Nurul Huda Ab Rashid, Cikgu Pauziah Che Mat dan Cikgu Hamdilwira Mat Saad.
Pada pukul 7.45 pagi, semua peserta yang terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6 serta bekas murid SK Lahar Budi iaitu Nurul Husna, Mariana, Ziyad, Siti Hajar dan Mohd Nizam turut sama dalam rombongan ini.
Sebelum bergerak sedikit taklimat telah dilaksanakan oleh Ustaz Ahmad Shukri Ismail, selaku Pengelola dan PK HEM. Ustaz Sahimi Yaacob pula bertindak sebagai pembaca doa selamat sebelum bertolak di tapak perhimpunan sekolah.
Guru Besar Puan Hajjah Duratul 'ain Md Nor juga mengambil peluang mengiring murid ke tempat murid berkumpul di tepi lebuh raya dan mengucapkan selamat jalan bersama para waris dan ibu bapa.
Bas bertolak pada pukul 8.15 pagi dan tiba di Taman Tema Bukit Merah pada jam 10.30 pagi.
Di taman tema, murid di bawa melihat keindahan flora dan fauna di eco park lakeresort. Murid-murid juga dipersembahkan dengan pertunjukan burung kakak tua. Pada jam 12.15 tengah hari, murid mula menjalankan aktiviti air. Makanan disediakan pada jam 12.45 tengahari. Aktiviti air berterusan sehingga jam
3.45 petang. Namun, sembahyang Zohor mereka tidak abaikan.
Setelah menunaikan solat Asar, mereka bergerak membeli cenderahati dibazar. Pada jam 5.15 petang, bas mula bertolak ke Zoo Taiping.
Rombongan berhenti solat Maghrib di Kg Menteri, Kuala Sepetang sambil makan malam iaitu KFC dan Mee Udang Mak Jah. Selepas solat Isyak, rombongan bertolak ke Zoo Taiping. Pada pukul 9.30 malam
Train Night Safari mula bergerak menyusuri sekitar Zoo Taiping yang berjarak 2.5 km. Peserta dapat melihat pelbagai spesis binatang. Aktiviti Night Safari ini memang menarik.
Sebelum bertolak pulang, peserta diberi peluang berbelanja di kedai cenderahati Zoo Taiping.
Bas Pesona mula bertolak pulang pada pukul 10.30 malam dan tiba di tepian lebuh raya Kg Lahar Budi 12.30 pagi 10 hb November 2011.
Kesimpulannya, lawatan sambil belajar ini telah memberi pengetahuan, pengalaman dan keseronokan kepada semua peserta.
10.11.2011